Saturday 26 November 2011

Cerita Hari Sabtu - 26/12/2011

Salam Tahun Baru (or jika rasminya Salam Maal Hijrah 1433)... Hari ini sempat membaca doa akhir tahun & doa awal tahun. Alhamdulillah, tercapat cita-cita hendak membaca doa-doa tersebut. Moga di permudahkan hendaknya urusan pada tahun 1433 Hijrah ini nanti... dengan kata lain untuk tahun 2012 ini juga. Jadi, bila bercakap mengenai Tahun Baru, semestinya ada azam baru untuk tahun 2012 ini. Seperti biasa tanam azam pada awal tahun itu harus bagi diri saya. Antara azam untuk tahun baru ini adalah:-
a) Memastikan hutang di bayar (semua jenis hutang, tidak kira hutang apa sekalipun).
b) Semoga cita-cita untuk mendapatkan adik zakwan menjadi kenyataan, Amin..sama-sama kita doa...
c) Menjalankan kewajipan bekerja dengan seikhlas hati ~ Jika dapat award satu bonus, jika tidak berusaha untuk menjadi lebih baik.
d) Menjaga ukhwah, adab persahabatan dengan sesiapa sahaja. Tak nak gaduh-gaduh... Tak baik!!! Hendak pastikan bahawa orang sekeliling selesa berurusan dengan saya.
e) InsyaAllah, hajat untuk memiliki aset akan terlaksana selewat-lewatnya bulan 6, 2012. Amin...
f) Menjadi isteri dan ibu yang sangat baik pada tahun 2012 dan sampai bila-bila.
g) Menjalankan ibadah wajib dan sunat tanpa ada rasa MALAS... perlu ada rasa tanggungjawab.
h

No comments:

Post a Comment