Monday 5 December 2011

Arghhh, lapar Ayam Goreng Spicy Mc Donalds!!!

Salam semua...
Sedang menunggu delivery encik delivery McD nie... Actually, bangun pagi ni nak selesaikan solat Isyak dan bangun juga untuk solat tahajjud. Habis jer solat tahajjud, rasa lapar yang teramat sangat!.. Tak tahu la sebab apa. Pastu memang dari petang tadi nak makan sangat-sangat ayam goreng McD nie tapi hasrat tertangguh sebab encik suami sudah prepare dinner and it's ayam jugak!... ok, tidak mahu pembaziran berlaku, makan sahaja. Sebelah malamnya encik suami tanya nak ke ayam goreng McD? Dah refuse sebab mata sangat mengantuk dan terus tido jam 10 malam. Zakwan insist nak main lagi but mommy kepala dah ting tong, mommy paksa dia tidur juga! <takut esok x segar sebab 9 hari tidur tidak lena>

So, just call McDonalds. Bila nak order, operator cakap after jam 3 pagi menu daging dan ayam goreng McD tutup kedai... Kalau i positive mengandung nie, I tak tahu la camner baby I tau... so, order la large set burger Spicy Chicken McDeluxe dan burger McChicken.

So, while tunggu delivery servis mereka arrived safely to my pintu rumah, I started to browse apa yang patut. Biasanya akan tengok FB, group page PERJASA. It stands for Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam. It's really good for us IT Officer in government sector to joined this union. Lagi-lagi apabila nak sign option SBPA ni nanti. Lagi la kena update segala info. Talk about SBPA, daripada union PERJASA, mereka tidak dapat lagi. Wah, kata 5th December 2011 orang kementerian tahu dulu dan 6th December 2011 barulah team-team semi-Gov dapat info secular ini, Oh, tidak, penantian itu satu penyiksaan, bukankah begitu. But, I still refresh my JPA site regarding SBPA.

Yeay!!! abang McD udah sampai... makan dulu!!!! Bismillah....

20 minit kemudian, alhamdulillah....

Tiba-tiba rasa seperti hendak puasa 10 Muharram (Hari Assyura)... Sudah niat, semoga semuanya berjalan seperti biasa hendaknya. Semoga halangan dapat di tempuhi esok.

Cakap pasal SBPA ini, aku nak sentuh sikit Exit Policy yang dengar-dengarnya akan di perkenalkan. Ada page yang aku baca tentang SBPA ini, tapi rasa tidak perlu list di sini as thing tak official lagi, baik senyap-senyap sudah. Pada sapa-sapa nak tahu lebih, leh la Google. Okey, sebelum we go into depth about Exit Policy, mari sama-sama dengan cerita seorang kawan saya.

Sebenarnya banyak benda nak di ceritakan. Salah satunya adalah kerja di pejabat yang banyak sangat cabaran. Ermm, apa lah sangat saya yang mentimun ini. Cuma kadang-kadang terasa dengan ketua dan keadaan sekeliling. Hari-hari berdebar menunggu apakah cerita aku pada esok hari? Apakah? Harap-harap Allah sentiasa berada di sekelilingku untuk membantuku dalam segenap ceruk masalah.


Memang saya tension dengan life di pejabat. Tidak seperti semasa dengan ketua lama. Ketua lama dia sangat berkongsi masalah dan teamwork yang kuat. Ini kalau staf lelaki pun dah mual dengan ketua baru, nak cakap apa ek? Tak perlu saya huraikan keaiban orang cuma, mungkin ketua saya tidak nampak benda masalah itu. Sebabnya masa dia dengan anak buah lama yakni kawan-kawan saya, mereka semua YES MAAM jer ngan dia. Bila saya tanya kamu orang ikut aja? Tak melawan? Mereka kata, malas nak layan perangai dia, baik senyap, ikutkan sahaja. Patutlah apabila kami ada re-shuffle, kawan-kawan saya amat suka. Kini mereka bahagia. Ermm... itu satu hal... Hal lain pulak isu MEXICAN CRAB. Kalau SBPA nie adapt EXIT POLICY, abis la saya... Nak tahu kenapa? Sebab saya ada seorang rakan sekerja di sini mengamalkan MEXICAN CRAB. Ermmm, memang Allah dah jadikan saya tidak pandai bodek. Saya kata A, A la sampai bila-bila. Lagi-lagi bila kerja portfolio ketua lama selambak di bahu saya ( hampir 90% portfolio ketua lama di bawah tanggungjawab saya!!!). Tidak perlu la saya huraikan apa portfolio saya, biarlah Allah membantu saya, cuma saya kena kurangkan keluhan (**tiba-tiba dengar bunyi tembakan di luar rumah!!**).


So, cerita MEXICAN CRAB ni bermula begini. Dek kerana ketua saya suka melepak di bilik dia, bila hari-hari dah dengar cerita, tak banyak, sedikit pun akan termakan. Ermmm, sebabnya banyak betul idea dia yang saya tidak boleh terima. Contoh paling senang, hamba Allah ini menyokong pendapat ketua saya iaitu attitude ketua saya yang tidak suka pergi mesyuarat! Wah, amat berbeza dengan saya. Saya amat suka ketua yang pergi mesyuarat sebab bagi saya barulah KETUA namanya. Ini, semua mesyuarat suruh anak buah attend, apa cerita sebagai ketua tu?  Alasan kenapa tidak suka pergi mesyuarat sebab tidak gemar akan formaliti. Oh TIDAK!.. lagi la saya tidak boleh terima itu IDEA. So, dengan SBPA baru ini, kawan-kawan yang memang arif dalam Mexican Crab ini, mesti dapat markah tinggi... Cuma saya harap, KPI saya jangan lah teruk dan sampai di arahkan berhenti <Nauzubillah>. Nawaitu saya agar ketua saya dapat berhijrah ke fasa yang lebih baik. Saya pun sama, agar saya dapat berubah ke arah yang lebih baik. Kawan saya yang di kenali sebagai Mexican Crab itu, henti-hentikan lah perangai anda yang sebegitu, Tidak baik! Lagipun tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung labuh dan cantik rupa paras.


Jadinya sama-samalah kita berhijrah ke arah yang lebih baik dan berdoa agar Allah menolong hambanya juga.