Monday 5 December 2011

Arghhh, lapar Ayam Goreng Spicy Mc Donalds!!!

Salam semua...
Sedang menunggu delivery encik delivery McD nie... Actually, bangun pagi ni nak selesaikan solat Isyak dan bangun juga untuk solat tahajjud. Habis jer solat tahajjud, rasa lapar yang teramat sangat!.. Tak tahu la sebab apa. Pastu memang dari petang tadi nak makan sangat-sangat ayam goreng McD nie tapi hasrat tertangguh sebab encik suami sudah prepare dinner and it's ayam jugak!... ok, tidak mahu pembaziran berlaku, makan sahaja. Sebelah malamnya encik suami tanya nak ke ayam goreng McD? Dah refuse sebab mata sangat mengantuk dan terus tido jam 10 malam. Zakwan insist nak main lagi but mommy kepala dah ting tong, mommy paksa dia tidur juga! <takut esok x segar sebab 9 hari tidur tidak lena>

So, just call McDonalds. Bila nak order, operator cakap after jam 3 pagi menu daging dan ayam goreng McD tutup kedai... Kalau i positive mengandung nie, I tak tahu la camner baby I tau... so, order la large set burger Spicy Chicken McDeluxe dan burger McChicken.

So, while tunggu delivery servis mereka arrived safely to my pintu rumah, I started to browse apa yang patut. Biasanya akan tengok FB, group page PERJASA. It stands for Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam. It's really good for us IT Officer in government sector to joined this union. Lagi-lagi apabila nak sign option SBPA ni nanti. Lagi la kena update segala info. Talk about SBPA, daripada union PERJASA, mereka tidak dapat lagi. Wah, kata 5th December 2011 orang kementerian tahu dulu dan 6th December 2011 barulah team-team semi-Gov dapat info secular ini, Oh, tidak, penantian itu satu penyiksaan, bukankah begitu. But, I still refresh my JPA site regarding SBPA.

Yeay!!! abang McD udah sampai... makan dulu!!!! Bismillah....

20 minit kemudian, alhamdulillah....

Tiba-tiba rasa seperti hendak puasa 10 Muharram (Hari Assyura)... Sudah niat, semoga semuanya berjalan seperti biasa hendaknya. Semoga halangan dapat di tempuhi esok.

Cakap pasal SBPA ini, aku nak sentuh sikit Exit Policy yang dengar-dengarnya akan di perkenalkan. Ada page yang aku baca tentang SBPA ini, tapi rasa tidak perlu list di sini as thing tak official lagi, baik senyap-senyap sudah. Pada sapa-sapa nak tahu lebih, leh la Google. Okey, sebelum we go into depth about Exit Policy, mari sama-sama dengan cerita seorang kawan saya.

Sebenarnya banyak benda nak di ceritakan. Salah satunya adalah kerja di pejabat yang banyak sangat cabaran. Ermm, apa lah sangat saya yang mentimun ini. Cuma kadang-kadang terasa dengan ketua dan keadaan sekeliling. Hari-hari berdebar menunggu apakah cerita aku pada esok hari? Apakah? Harap-harap Allah sentiasa berada di sekelilingku untuk membantuku dalam segenap ceruk masalah.


Memang saya tension dengan life di pejabat. Tidak seperti semasa dengan ketua lama. Ketua lama dia sangat berkongsi masalah dan teamwork yang kuat. Ini kalau staf lelaki pun dah mual dengan ketua baru, nak cakap apa ek? Tak perlu saya huraikan keaiban orang cuma, mungkin ketua saya tidak nampak benda masalah itu. Sebabnya masa dia dengan anak buah lama yakni kawan-kawan saya, mereka semua YES MAAM jer ngan dia. Bila saya tanya kamu orang ikut aja? Tak melawan? Mereka kata, malas nak layan perangai dia, baik senyap, ikutkan sahaja. Patutlah apabila kami ada re-shuffle, kawan-kawan saya amat suka. Kini mereka bahagia. Ermm... itu satu hal... Hal lain pulak isu MEXICAN CRAB. Kalau SBPA nie adapt EXIT POLICY, abis la saya... Nak tahu kenapa? Sebab saya ada seorang rakan sekerja di sini mengamalkan MEXICAN CRAB. Ermmm, memang Allah dah jadikan saya tidak pandai bodek. Saya kata A, A la sampai bila-bila. Lagi-lagi bila kerja portfolio ketua lama selambak di bahu saya ( hampir 90% portfolio ketua lama di bawah tanggungjawab saya!!!). Tidak perlu la saya huraikan apa portfolio saya, biarlah Allah membantu saya, cuma saya kena kurangkan keluhan (**tiba-tiba dengar bunyi tembakan di luar rumah!!**).


So, cerita MEXICAN CRAB ni bermula begini. Dek kerana ketua saya suka melepak di bilik dia, bila hari-hari dah dengar cerita, tak banyak, sedikit pun akan termakan. Ermmm, sebabnya banyak betul idea dia yang saya tidak boleh terima. Contoh paling senang, hamba Allah ini menyokong pendapat ketua saya iaitu attitude ketua saya yang tidak suka pergi mesyuarat! Wah, amat berbeza dengan saya. Saya amat suka ketua yang pergi mesyuarat sebab bagi saya barulah KETUA namanya. Ini, semua mesyuarat suruh anak buah attend, apa cerita sebagai ketua tu?  Alasan kenapa tidak suka pergi mesyuarat sebab tidak gemar akan formaliti. Oh TIDAK!.. lagi la saya tidak boleh terima itu IDEA. So, dengan SBPA baru ini, kawan-kawan yang memang arif dalam Mexican Crab ini, mesti dapat markah tinggi... Cuma saya harap, KPI saya jangan lah teruk dan sampai di arahkan berhenti <Nauzubillah>. Nawaitu saya agar ketua saya dapat berhijrah ke fasa yang lebih baik. Saya pun sama, agar saya dapat berubah ke arah yang lebih baik. Kawan saya yang di kenali sebagai Mexican Crab itu, henti-hentikan lah perangai anda yang sebegitu, Tidak baik! Lagipun tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung labuh dan cantik rupa paras.


Jadinya sama-samalah kita berhijrah ke arah yang lebih baik dan berdoa agar Allah menolong hambanya juga.

Wednesday 30 November 2011

Cerita Sakit Zakwan

Salam semua,

Nampaknya saya terpaksa berterus terang... Saya tidak berdisiplin di dalam menulis blog...
Sebenarnya banyak benda saya nak tulis... tetapi apakan daya, manusia merancang & Allah menentukannya... Saya memang dah simpan niat nak tulis last Saturday (26 Nov 2011), tetapi hajat saya terbantut kerana menjaga anak yang demam + cold + phlegm.. Pity him, he can't breath very well... Takpe sayang, sabar yer... Allah nak uji Zakwan...

Talking about Zakwan, terus terang saya katakan kesabaran saya teruji yang teramat sangat... Dia sangat pampered masa demam hari tu... Nak bertenggek je kat saya, bila dia tak boleh nafas & hingus asyik keluar jer, dia akan nangis sampai suara serak... Oh my poor baby... If all those things can transfer to me, mommy sanggup, wahai anakku... Dek kerana malam tidak lena tidur, pagi Sabtu my encik suami (Mohammad Khali B Said), beli la breakfast kat kakak nasi lemak kat Komuter Seputeh... Serius I told you, her nasi lemak was so damn great!.. Super-Trooper delicious... Nasi yang berderai (tak melekat) dengan sambal ayam yang sedap... Oh My ( Waktu sedang menulis coretan ini, air liur mak meleleh okey!!!).... Nanti kalau ada rezeki, saya upload gambar gerai kakak & lauk pauknya.. Namun begitu, saya tak berselera hendak makan. Mungkin penat sangat!!!...

Sedang elok encik suami breakfast dengan Zakwan, saya naik ke atas untuk mandi. Suddenly received SMS  from pengasuh Zakwan, Kak Kam... She ask how is Zakwan? I'll reply her back and told her Zakwan doing good...Tak nak la text yang merapu sangat, nanti dia risau... Btw, dek kerana menjaga orang sakit, saya cancelled semua program jemputan kahwin. Encik suami risau, jika keluar dengan cuaca yang panas ini akan menyebabkan Zakwan tidak selesa dan meragam nanti... Bila zakwan meragam, emo satu badan kami pulak...

Oh ya, Ahad adalah 1 Muharram, jadi petang Sabtu, saya sempat membaca doa akhir tahun. Alhamdulillah... Semoga tahun baru nanti memberi rezeki yang terbaik buat saya dan keluarga, Amin... Maka, petang sabtu kami hanya layan TAB.. But Zakwan used to pronounced it IPAD sebab dia kenal IPAD dulu baru tab.

Malam Sabtu encik suami beli juada di pasar malam. Tak per la, asal kenyang, Btw, selepas solat Maghrib, saya dapat membaca doa awal tahun.. Ya Allah, syukur. Encik suami pun sama.

Zakwan demam hanya 1 hari 1 malam, jadinya Sabtu dia dah OK cuma yang tinggal selesema dan batuk. Jadi, pada malam Isnin, nak jadik cerita dia muntah kahak...habis cadar tilam. Jadi, kami bergegas ke klinik di TTDI. Saya tawakal sahaja sebab afraid cuti, tapi alhamdulillah, bukak jugak. So, Dr Badariah (she was so nice lady & cantik!) kata Zakwan x ada weezy. Iyerlah dah dimuntahkannya... Jadi, malam tu Zakwan dapat ubat baru & mainan baru (OH! Tidak!)... Animal Kingdom. Sebanyak-banyaknya binatang dalam pek itu. Suka la dia... hopefully demam baik yer nak!...

Sampai ke hari ini (Khamis, 1st December), selesema nampak mcm dah nak kering cuma batuk yang menyakitkan telinga saya mendengar. Doa dan usaha mommy ke arah itu tak pernah alpa.. Selain ubat, madu Khaula juga di berikan.

Saturday 26 November 2011

Cerita Hari Sabtu - 26/12/2011

Salam Tahun Baru (or jika rasminya Salam Maal Hijrah 1433)... Hari ini sempat membaca doa akhir tahun & doa awal tahun. Alhamdulillah, tercapat cita-cita hendak membaca doa-doa tersebut. Moga di permudahkan hendaknya urusan pada tahun 1433 Hijrah ini nanti... dengan kata lain untuk tahun 2012 ini juga. Jadi, bila bercakap mengenai Tahun Baru, semestinya ada azam baru untuk tahun 2012 ini. Seperti biasa tanam azam pada awal tahun itu harus bagi diri saya. Antara azam untuk tahun baru ini adalah:-
a) Memastikan hutang di bayar (semua jenis hutang, tidak kira hutang apa sekalipun).
b) Semoga cita-cita untuk mendapatkan adik zakwan menjadi kenyataan, Amin..sama-sama kita doa...
c) Menjalankan kewajipan bekerja dengan seikhlas hati ~ Jika dapat award satu bonus, jika tidak berusaha untuk menjadi lebih baik.
d) Menjaga ukhwah, adab persahabatan dengan sesiapa sahaja. Tak nak gaduh-gaduh... Tak baik!!! Hendak pastikan bahawa orang sekeliling selesa berurusan dengan saya.
e) InsyaAllah, hajat untuk memiliki aset akan terlaksana selewat-lewatnya bulan 6, 2012. Amin...
f) Menjadi isteri dan ibu yang sangat baik pada tahun 2012 dan sampai bila-bila.
g) Menjalankan ibadah wajib dan sunat tanpa ada rasa MALAS... perlu ada rasa tanggungjawab.
h

Thursday 24 November 2011

Hello.... I'm new in blogging....

Salam...

Sebenarnya sudah lama hendak blogging ini. Cuma rasanya seru itu belum timbul.. Bukan apa, melihat my peeps semua dah ada blog, why must me ketinggalan dalam dunia blogging. I think something yang best, rasanya boleh di share kepada anda semua.

Talking about share ataupun Kongsi, hanya satu benda yang ralat apabila mendegar, kongsi suami.. mak tak rela lagi!!!... Mak sayangkan my hubby, tapi kalau kena share, mak speechless, okey!!!!

So,what should I share in my 1st post? Actually so many things... So many things.. Such as work life (plenty of job to be done before 2011 melabuhkan tirainya, rakan sekerja dan sebagainya), daily life with my lil boy named Muhammad Zakwan B Mohammad Khalil, my hubby En Mohammad Khalil B Said.. My weekend activity yang sentiasa penuh bersama my Superhero, BoboiBoy Zakwan...

Actually hari ini Zakwan demam... sob sob sob ;( sedih mommy... Pengasuh Zakwan, Kak Kam cakap, dia tiba-tiba demam... baru jer..No wonder last night mommy tak lena tidur. Anak mommy meragam... Meragam nak pandai nie... Oh my lil angel... Tapi dah lama sebenarnya dia tidak demam... Tak per la sayang, balik keja nanti kita pi jumpa Mr Doc!

Ermm, balik keja nanti saya sambung!.. Nak clock-out dah nie!